TERKINI: Rangka tindakan Pengindahan Lanskap KK! Klik untuk melihat perancangan kawasan anda!
Hai!

Kami merasa adalah penting untuk setiap warga untuk mengetahui wakil rakyat yang dipilih dengan lebih mendalam, siapakah mereka, apakah pendirian mereka, dan apakah pandangan mereka berhubung isu-isu Sabah dan kebajikan rakyat Sabah.

Oleh itu, kami mewujudkan sebuah segmen; “20 Soalan kepada Christina” di christinaliew.com

Anda dialu-alukan untuk menghantarkan soalan anda. Kami akan memilih 20 soalan setiap bulan. Soalan-soalan ini akan dijawab oleh Datuk Christina dan diterbitkan di sini. Anda bebas mengemukakan pertanyaan tentang sebarang topik tetapi adalah amatlah dihargai jika soalan yang diutarakan mencerminkan nilai-nilai murni.

Untuk bulan ini, kami telah mengumpul sebanyak 20 soalan daripada mesej yang diterima di laman Facebook, Instagram dan siaran langsung beliau.

Tinggalkan komen anda dan jangan lupa untuk kemukakan soalan anda!

Kopi atau Teh?


Kopi C kurang manis!

Apakah yang anda akan sentiasa bawa bersama ketika ke luar negara?


Maggi Mee dan adapter mudah alih.

Apakah makanan kegemaran anda?


Kari kepala ikan.

Apakah yang paling berharga bagi anda?


Keluarga saya. Tiada apa-apa yang lebih bernilai daripada keluarga saya.

Siapakah yang menjadi pengaruh terbesar dalam hidup anda?


Ayah saya. Beliau adalah seorang yang rajin dan jujur. Beliau bersama ibu saya bersusah-payah membesarkan kami tujuh beradik. Saya telah mempelajari nilai ketekunan dan integriti daripada beliau.

Apakah yang membuatkan anda marah?


Pemimpin yang tidak berpegang kepada prinsip dan tidak berintegriti.

Apakah cita-cita anda semasa zaman kanak-kanak?


Pada zaman kanak-kanak, saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Menjelang zaman remaja, saya mula berminat dalam bidang politik.

Apakah binatang kesukaan anda?


Tiga binatang! Monyet belanda, gajah kerdil Borneo dan orangutan! 

Apakah detik yang paling sedih sepanjang tempoh anda berkhidmat di Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar?


Detik duka ketika pemergian Iman, badak sumbu Sumatera terakhir di Malaysia. Segala usaha untuk menyelamatkannya daripada penyakit barah telah dilakukan tetapi tidak berhasil.

Apakah yang sering merunsingkan anda?


Kebimbangan tentang impak ke atas perusahaan kecil and penggiat industri pelancongan ekoran wabak COVID-19. Walaupun saya bukan lagi seorang Menteri Pelancongan, namun saya masih amat mengambil berat tentang isu ini.

Apakah pengalaman paling lucu dalam kerjaya anda?


Ketika lawatan kerja saya ke Sukau, saya sempat berkenalan dengan seekor orangutan diberikan nama "Christina Liew" oleh penduduk-penduduk Sukau.

Apakah warna kesukaan anda?


Biru 

Apakah perkara yang paling anda banggakan?


Saya berasa bangga berpeluang untuk berdiri sejajar dengan arus perubahan politik yang pertama kali berlaku di negara kita. Bersama-sama meniti denai menuju ke arah proses demokrasi yang lebih bersih. Pada PRU yang lepas, ketika saya berada di barisan hadapan, saya mendapati kuasa “suara rakyat" teguh yang mampu mengubah budaya politik negara.

Apakah harapan anda terhadap para belia Sabah?


Saya berharap anak-anak muda Sabah lebih aktif melibatkan diri usaha pembinaan negara. Kita amat memerlukan tenaga, visi dan inovasi daripada golongan belia.

Apakah kelebihan/kelemahan anda?


Kelebihan: Saya berpegang teguh kepada prinsip integriti dan akauntibiliti.
Kekurangan: Gaya percakapan saya agak terus-terang. Ada kalanya, kata-kata saya secara tanpa niat menyinggung perasaan.

Apakah perkara yang paling anda kesal?


Saya masih berada di KK ketika pemergian ayah saya di Tawau. Saya tidak berkesempatan melihatnya untuk kali terakhir. .

Apakah aktiviti kegemaran yang anda pada masa terluang?


Saya suka menonton video cucu saya di Australia yang berusia 7 bulan. Selain itu, saya juga suka menonton berita.

Kongsikan sedikit rahsia anda.


Saya amat menggemari muzik saksofon dan pernah mengikuti kelas saksofon. Tetapi, saya berhenti belajar kerana guru saksofon tersebut berkata saya memang teruk!

Sambungkan ayat berikut: “Wanita adalah…”


Berani, tabah, dan wajar diberikan peluang untuk bangkit memimpin generasi muda negara ini.

Apakah moto hidup anda?


“Manusia merancang, Tuhan yang menentukan”. Kita harus melakukan yang terbaik meskipun sesetengah perkara adalah di luar kawalan kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai keimanan yang teguh.

IKUTI KAMI DI LAMAN SOSIAL

Copyright © 2020 Christina Liew. All Rights Reserved.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram