TERKINI: Rangka tindakan Pengindahan Lanskap KK! Klik untuk melihat perancangan kawasan anda!

Detik Zaman Muda

Pada era pra-pembentukan Malaysia, YB Datuk Christina Liew sempat merakamkan detik-detik keriangan zaman kanak-kanaknya bersama enam orang adik dan keluarga di Tawau, sebelum berpindah ke Kota Kinabalu. Salah satu kenangan indah ketika itu termasuklah perhimpunan untuk sambutan julung kali Hari Malaysia. Hari tersebut menyingkapkan pemahaman beliau bahawa betapa pentingnya peranan Sabah dalam konteks pembentukan Malaysia.
Datuk Christina Liew merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah All Saints di Kota Kinabalu. Beliau menimba ilmu dan berjaya menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-undang (LLB) di Amerika Syarikat seterusnya pengajian Sarjana Undang-undang (LLM) di Universiti Bond, Australia. Beliau mula mengorak langkah kerjayanya sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, kemudiannya di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Sejurus penubuhan firma guaman CJ Liew & Co., Datuk Christina meneruskan kerjayanya dalam bidang perundangan selama 20 tahun sebelum menceburi bidang politik.

Sebelum berkecimpung dalam politik, Datuk Christina Liew aktif melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan wanita dan golongan rentan. Khidmat beliau kepada rakyat merangkumi projek dan inisiatif yang berobjektif untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dan membangunkan produk pelancongan tempatan.

KERJAYA POLITIK

Datuk Christina Liew menceburi bidang politik dengan hasrat untuk meningkatkan akauntabiliti kerajaan. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengembangkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1999. Atas tiket PKR, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Likas pada 2001 dan Pilihan Raya Kecil Parlimen kawasan Gaya pada tahun 2002.

Beliau pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-11 (2004) dan ke-12 (2008) dan mencatatkan kemenangan sulungnya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun 2013. Kini, Datuk Christina memegang jawatan Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) (Kebangsaan), Pengerusi PH Sabah, Pengerusi PKR Sabah dan juga Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu. Pendirian politik Datuk Christina berpaksikan pemahaman untuk membentuk kerajaan bersih yang fokus kepada pembangunan ekonomi, infrastruktur dan masyarakat. Usaha berterusan beliau tertumpu pada pembangunan setempat dan pengiktirafan Sabah sebagai rakan sekutu dalam pembentukan Malaysia.

YB Datuk Christina Liew merupakan salah seorang Ahli DUN Sabah dalam pakatan PH-Warisan-UPKO yang membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.

Selain itu, beliau juga merupakan wanita Cina pertama di Sabah yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri. Merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, beliau adalah wanita pertama di Sabah menyandang portfolio menteri tersebut.

Datuk Christina Liew merupakan Ahli Parlimen P.190 Tawau dan mantan Ahli DUN N.15 Api-Api.

Kenali calon anda.

Dikemaskini setiap bulan
MASUK

IKUTI KAMI DI LAMAN SOSIAL

Copyright © 2020 Christina Liew. All Rights Reserved.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram