TERKINI: Rangka tindakan Pengindahan Lanskap KK! Klik untuk melihat perancangan kawasan anda!

SOALAN-SOALAN LAZIM

Siapakah yang mengendalikan laman sesawang ini?

Laman sesawang peribadi Datuk Christina Liew ini dikendalikan oleh pasukan media sosial beliau. Laman sesawang ini memuatkan pelbagai infomasi beliau, termasuklah latar belakangprinsip hiduppautan media sosial dan aktiviti-aktiviti amal, sosial serta politik.

Laman sesawang ini bertindak sebagai satu landasan untuk meningkatkan keterlibatan dengan orang awam. Untuk maklumat lanjut berhubung pusat-pusat khidmat di kawasan beliau, parti-parti politik, polisi kerajaan atau portal berita, sila rujuk ke Pautan Berguna.

Adakah maklumat di laman sesawang ini tepat?

Kami mengecam sebarang berita palsu. Semua maklumat sahih di laman sesawang ini diperolehi secara langsung dan portal berita yang bereputasi.

Di manakah pusat mengundi saya?

Klik laman sesawang SPR dan taipkan nombor MyKad anda untuk maklumat lanjut.

Saya tidak pernah mengundi. Bagaimanakah saya mendaftar sebagai pengundi?

Klik laman sesawang SPR untuk berdaftar dan ikuti arahan di pautan tersebut. Semua maklumat pengundian boleh didapati di portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Bolehkah penduduk bukan dari kawasan ini memohon bantuan daripada Datuk Christina Liew?

Setiap penduduk wajar mendapat bantuan. Namun setiap kawasan diberikan peruntukan yang terhad. Sekiranya sumber tidak mencukupi, kami akan sedaya-upaya merujuk anda kepada badan/organisasi lain. Senarai organisasi boleh didapati di Pautan Berguna.

Saya ingin menjemput Datuk Christina Liew untuk perasmian program anjuran saya. Bagaimanakah saya menghantar jemputan kepada beliau?

Hubungi kami! Sertakan maklumat yang berkaitan program anjuran anda. Datuk Christina amatlah berbesar hati untuk menghadiri program-program anda sekiranya masa mengizinkan.

Bagaimankah saya menghubungi pegawai pusat khidmat untuk bantuan?

Kami boleh dihubungi melalui email, Whatsapp dan panggilan telefon. Anda juga boleh menghubungi kami di laman sesawang Api-Api atau laman Facebook Pusat Khidmat Tawau. Selepas berjaya menghubungi pegawai kami, anda akan diberi nombor rujukan untuk susulan kes pada masa akan datang.

Pusat khidmat kami buka pada setiap hari daripada 9am – 5pm, kecuali hari kelepasan am.

Bagaimanakah saya memberikan sumbangan untuk program anda?

Hubungi kami di sini untuk senarai program semasa atau akan datang yang memerlukan sumbangan awam. Aktiviti-aktiviti ini akan dilaporkan dengan jelas dan telus di laman sesawang ini di bawah “Aktiviti” atau “Akan Datang”.

Sila JANGAN memberi sumbangan berbentuk kewangan kepada pegawai yang berkaitan dengan Datuk Christina Liew, melainkan proses ini dilaksanakan melalui saluran yang betul dan disertakan dokumen rasmi.

Bagaimanakah saya memohon untuk menjadi sukarelawan atau pelajar praktikal?

Kami amat mengalu-alukan permohonan sukarelawan dan pelajar praktikal pada bila-bila masa. Jawatan ini tidak akan dibayar gaji tetapi elaun (tertahkluk kepada skop kerja). Skop kerja meliputi urusan pentadbiran, kerja pengagihan atau koordinasi sumbangan, reka bentuk grafik dan media sosial. Kami sentiasa menggalakkan pementoran anak-anak muda dalam activiti sosial dan pembinaan negara.

Wabak COVID-19 menjejaskan kehidupan seharian saya. Apakah inisiatif yang dilaksanakan untuk meringankan beban rakyat?

Program Bantuan Makanan Asas sekitar Api-Api sedang giat berjalan. Program ini akan diteruskan sehingga PKPP berakhir pada 31 Disember 2020. Sekiranya anda atau keluarga anda yang berada di Api-Api memerlukan bantuan makanan, sila hubungi kami.

Program Bantuan Makanan Asas ini bukan sahaja terhad di kawasan Api-Api sahaja, tetapi seluruh negeri Sabah. Sekiranya sesiapa yang berada di luar kawasan Api-Api dan memerlukan bantuan tersebut, kami akan merujuk anda kepada wakil rakyat kawasan anda. Kita jaga kita, kita bantu sesama.

IKUTI KAMI DI LAMAN SOSIAL

Copyright © 2020 Christina Liew. All Rights Reserved.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram